Introduction
Perpustakaan S.M All Saints telah ditubuhkan pada Jun 1995 oleh Y.B Datuk Wilfred M. Bumburing. Datuk Rev. Bishop Yong Ping Chung. Perpustakaan yang juga dikenali sebagai Perpustakaan Datuk Wilfred Bumburing ini mempunyai pelbagai jenis buku dan kemudahan-kemudahan yang lain yang disediakan khas untuk guru-guru dan pelajar sama ada untuk meluangkan masa membaca buku ataupun mencari informasi-informasi berguna yang diperlukan. Perpustakaan yang terletak di bangunan Wisma All Saints, Tingkat 4 ini dikunjungi oleh pelajar dan guru pada setiap hari untuk meninjau dan meminjam buku-buku yang diinginkan atau diperlukan.Sambutan daripada ahli-ahli jawatankuasa pusat sumber yang mesra dan ramah terhadap pengunjung amat disenangi oleh semua pihak yang mengunjungi perpustakaan ini. Kini dengan kemudahan-kemudahan baru yang disediakan seperti komputer dan perkhidmatan internet, ruangan membaca persendirian dengan pemandangan laut, sudut-sudut informasi berguna dan ruangan rehat memberikan para pelajar dan guru keselesaan ketika berada di dalam perpustakaan. Latar Belakang Pusat Sumber Pada 14 Oktober 1992, upacara pecah tanah bagi pembinaan bangunan lima tingkat telah dilakukan oleh Y.B Datuk Wilfred M. Bumburing. Datuk Rev. Bishop Yong Ping Chung telah meletakkan batu asas bagi pembinaan bangunan blok lima tingkat yang dinamakan Wisma All Saints. Bangunan ini telah siap dibina pada bulan Jun 1995.Di bangunan inilah ditempatkan pejabat guru, kantin, bilik darjah dan di tingkat paling atas Perpustakaan Sekolah. Bermulanya era baru bagi pusat sumber Sekolah Menengah All Saints yang diberi nama Perpustakaan Datuk Wilfred M. Bumburing .Dengan wujudnya bilik khas untuk pusat sumber sekolah, seluruh warga S.M All Saints memperoleh manfaat yang berguna untuk mengembangkan minda dan memperolehi sumber maklumat serta kemudahan yang ada di pusat sumber. Matlamat Pusat Sumber Sekolah Menyediakan segala kemudahan pembelajaran dan pengajaran kepada warga S.M All Saints untuk mempelajari dan mengamalkan ilmu pengetahuan demi kepentingan sejagat Objektif Pusat Sumber Sekolah
|
Motto
Visi & Misi
Visi
Beriltizam menyediakan dan menjadi
pusat rujukan paling lengkap dan terkini yang
dapat memenuhi keperluan semua penggunanya
Misi
- Menyediakan bahan bacaan dan media letronik mengikut perkembangan semasa.
- Sentiasa menambah bilangan dan koleksi dengan mengenal pasti kualiti dan kesempurnaan ruang lingkupnya.
- Menyediakan segala kemudahan kepada guru-guru supaya dapat mengembang dan menyebar luasan ilmu secara mendalam dan berkesan.
- Memastikan penggunaan pusat sumber secara maksima tetapi terancang dan terkawal dengan mengamalkan nilai-nilai disiplin secara berhemah.
- Melaksanakan dan menganjurkan aktiviti, program dan kursus secara berkala kepada semua warga S.M All Saints atas dasar penggunaan dan pengurusan terpilih.